GPS; Garmin or Papago

|
Assalammualaikum...

Dunia kini semakin canggih dan maju. haku masih lagi teringat suatu masa dahulu aku sangat kagum dengan teknologi yang ditunjukkan di dalam cerita-cerita genre futuristik. salah satu teknologi yang masih aku ingat adalah GPS "Global Positioning System". Ianya satu sistem membolehkan kita mengetahui lokasi sesuatu tempat dan memberitahu tentang lokasi kita yang sebenar di atas muka bumi dengan bantuan satelit.

Aku mengakui yang, teknologi GPS ini adalah baru bagi duniaku. tetapi setelah mencubanya dan diperkenalkan oleh Ustaz yang mengajar di St Michael 2, Ipoh. Haku seakan teruja. Bermula dari detik itu haku pun mencuba perisian tersebut. Untuk makluman, haku cuma menggunakan telefon nokia 5800 untuk aplikasi ini. Nokia 5800 ade 'built in' navigasi yang membolehkan sistemnya menerima perisian GPS ini.

Aku memuat turun aplikasi Garmin dengan bayaran RM50. Pada permulaannya, haku sangat teruja dengan GARMIN, bayangkanlah Garmin mampu untuk memberi maklumat perjalanan kita termasuklah jalan singkat, kelajuan memandu semasa, masa sampai ke destinasi, lampu isyarat, restoren dan hotel yang terdekat bahkan mampu untuk memberitahu di mana terdapatnya 'speed trap'!!!! huhuhu

Haku sendiri memang pernah bergantung harap sepenuhnya kepada Garmin suatu ketika, apabila aku melalui kawasan yang belum pernah aku lalui untuk pulang ke kampung halaman, ternyata GARMIN tidak mengecewakan. Berikut adalah paparan bagi Aplikasi Garmin ;



Kini, Nokia 5800 itu telah dihadiahkan kepada adik aku. No More Garmin!!! Kini, dengan Iphone aku mencari aplikasi yang ada GPS ini, malangnya tiada yang free dalam Itunes, kalau ada pun semua percubaan sahaja. haishhhhhhhhh, payah jugak kalau tiada navigasi nih.. takkan la nak amik balik telefon yang telah diberi pada adik.. hurm, cari punya cari dalam Itunes, nah, ader pun navigasi tetapi ianya berbayar!!!! bukan murah!! $29.99 pulak tuh.. then kena pulak bayar dengan kredit kad. Mampussssss nak cari mana kad kredit???

Hurmmmmm, pikir punya pikir, haku hampir terlupa yang aku mempunyai satu kad kredit, then guna laa.. tapi risau tuh tetap ada laa.. ye laa dah mcm2 penipuan yang berlaku di Internet nih berasaskan kad kredit kan.. dan setelah mendonlod lantas aku mencubanya pada malam itu juga. owh yaaa sebelum terlupa.. untuk Iphone nih, Garmin takde.. yang ada hanyalah PAPAGO! haku pernah mendengar tentang PAPAGO ini namun tidak pernah mencubanya...

Kali pertama mencuba PAPAGO! agak sedikit kekok kerana tidak biasa dengan 'interface' PAPAGO!, tetapi lama kelamaan, alhamdulillah. Hasil dari penilaian yang dibuat ke atas PAPAGO! ini, ianya lebih baik dari segi 'research' berbanding GARMIN. Walaupun paparannya tidak sebaik GARMIN, tetapi PAPAGO! mempunyai data simpanan yang lebih tepat, luas dan jitu.

Berikut adalah display PAPAGO! diatas Iphone ku..



Jadi nasihat haku untuk mereka yang ingin menggunakan aplikasi GPS ini, pastikan ianya digunakan untuk tujuan yang betul dan jangan di salah gunakan... Tak kisah la Garmin ke PAPAGO! keduanya baik, terpulang pada individu. Ianya juga boleh didapati secara berasingan, 'means' x perlu memuat turun Garmin ngan PAPAGO! ini dalam telefon kalian, takut menggangu bagi yang sedang memandu..~

Sekian.

0 comments: