SCOUT ; Tie your shoes..~

|
Minggu yang ke-12 Persekolahan.. sedar x sedar dah 84 hari jadi cikgu.. melepasi satu jarak masa sebelum-sebelum nih.. masih segar sewaktu mula menapak di IPGM Ipoh, masih segar ketika terpakse berpecut ke Putrajaya kerana masalah degree, masih segar hari pertama bertemu tutor dan rakan seangkatan, PBS di La Salle, IPOH, Praktikum di ST. Michael 2.. semuanya bagaikan bermain di pandangan mata.. Alhamdulillah.. satu lagi ruang rangka kehidupan berpusing dan terus bergerak memacu laju kehadapan...

Sesakali terpikir.. adakah betul pilihan aku menjadi seorang guru..??? tapi kini tidak lagi, aku harus segera meninggalkan tabiat sebagai seorang pelajar dan terus memakai imej guru!!

Sewaktu di Ipoh, aku memilih untuk menganggotai unit beruniform Pengakap. entahlah.. dari zaman sekolah lagi unit uniform ini menjadi pilihan hati.. walaupun ramai yang berpusu-pusu mengisi borang menganggotai KRS, aku tetap dengan PENGAKAP.. ada sesuatu yang istimewa yang tidak dapat diurai dengan perasaan.. mengapa dan kenapa aku memilih PENGAKAP.. mungkin jawapannya akan ada sepanjang aku menjadi PEMIMPIN PENGAKAP di Serambi ini...

Berikut aku paparkan, hasil daripada perjumpaan PENGAKAP kali pertama SK Serambi. ALhamdulillah.. mereka semua sudah mempunyai pakaian yang lengkap.. mudah laa sikit nak beridentiti dan beraktiviti!!!

Maaf diatas kualiti gambar yang tidak mencapai resolusi 10MP.. kerna ianya hanya disnap dengan handphone sahaja...~






Sewaktu perbarisan kawad ini dilakukan.. haku sedikit cuak sebenarnya.. sebab once of my gal scout pengsan... berikut adelah dialognya.....

Di tengah-tengah panas terik tuh.. sedang pelajar asyik berkawad, kelihatan seorang pelajar perempuan mengangkat tangan...

Cikgu K; Ape hal pulak time kawad, angkat tangan nih!!!!!! mane ade arahan suruh
angkat tangan!

Pelajar; Cikgu, izinkan saya ke Tandas...

Cikgu K; NAK KETANDAS PULAAAKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKK(Belum habis lagi aku sebut K
nih)KKKKKKKKKK...

Pelajar; Dammmmmmm, pengsan jatuh kebelakang depan mata aku.... wallaweh....

*Aku konpius pelajar pengsan sebab memang x tahan panas ke?? sebab hendak ke tandas sangat ke.. ataupun pengsan mendengar suara aku... itu belum makan coklat yang dalam tV lagi tuh.. yang habis semua khemah budak PLKN berterabur.. hahahahha~

yoshhhhhhhhhhh~

0 comments: